|
salam,sekadar berkongsi..di sebalik kisah..
Suatu hari, tanggal 5 Ogos 2004, sewaktu saya masih menuntut di semester akhir pengajian saya..entah mengapa saya tiba-tiba teringat akan Kuliyah Tafsir anjuran Quranic Youth Club IIUM, yang lazim diadakan pada waktu petang jam 5:15, cuma bezanya harinya telah bertukar dari rabu ke khamis..kesibukan seawal bermula semester dengan bebanan assignment menyebabkan saya hampir-hampir melupakan kuliyah tersebut yang jarang-jarang sekali saya ketinggalan untuk menghadirinya..Sebetulnya saya cuma ada 15 minit sebelum kuliyah bermula kerana baru saja selesai tutorial kelas Evidence II,dan kerana tanpa perancangan, saya tiada membawa bersama tafsir quran saya..terus langkah dihayun ke surau Law,menunaikan solat Asar. Syukurlah ada tafsir quran untuk dipinjam kejap walaupun berbahasa Arab..sekurang-kurangnya saya punya rujukan.
Alhamdulillah,tepat masanya,saya agak belum terlambat,penyampai kuliyah belum sampai. Namun dua tiga saat saya melabuhkan diri ke kerusi di barisan kedua dari depan(tempat 'favourite' saya),Ustaz datang,dan agak mengejutkan dan hati menyerlah gembira, sebab penyampai hari ni, ialah Ustaz Saifuddin Md.Rasip(yang terkenal dgn sikap 'punctual') yang dah lama tidak berkuliyah sejak berhenti bertugas sebagai pensyarah di UIAM. Saya sememangnya semampu tidak untuk ketinggalan kuliyah beliau kerana begitu banyak ilmu yang beliau curah,sains dan al-qur'an sentiasa dihubung kait. Katanya dah hampir 10bulan tak menyampaikan kuliyah tafsir di UIAM.
Surah pilihan untuk dikupas hari ni berdasarkan Tafsir Fi-Dzilal Al-Qur'an
hasil tangan AS-Syahid Sayyid Qutb ialah Surah Al''Alaq. Di saat tiba ke ayat 1&2 surah tersebut, Ustaz mula melempar soalan pada kami. Beliau memetik satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi 'laqad jaffal qalam' yang dipetik asal daripada hadis 40 yang ke 15 yang bermaksud:
Hadis Kesembilanbelas :Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a :
" Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW
( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil,
sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu manfaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukanAllah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '
Soalan beliau: 'Dalam hadis tersebut dikatakan bahawa 'telah diangkat kalam(tulisan) dan telah kering (tinta) catitan', jika diperhati pada maksud hadith ini maka ia bermakna segala sesuatu telah ditakdirkan oleh Allah SWT dan tidak boleh diubah lagi,bagaimana pula konsep Qada'&Qadar Allah swt yang kita fahami selama ini?
Jauh disudut hati berdebar-debar rasanya takut soalan ditujukan pada empunya diri sebab biasanya yang duduk di barisan depan selalu menjadi 'mangsa'. Sedang kepala ligat berfikir,sepanjang yang saya belajar even dalam subjek elektif saya, Ustaz kami cakap, antara qadar dan qada' Allah SWT di tengah-tengahnya terdapat satu ruang untuk kita berusaha yang mana akhirnya qada' itu bisa berubah dengan izinNya hasil drp usaha dan doa kita. Itulah pemahaman saya selama ini namun bila dirujuk pd hadith tersebut macam tak mengena dengan pemahaman saya. Apa jawapan sebenarnya?Alamak..ustaz mula mencari 'penjawab'.
Orang pertama kena soal, pelajar junior lelaki sekuliyah dengan saya, dan jawapannya seperti mana yang saya fikir. Ketentuan masih boleh diubah dengan usaha kita!Memanglah segalanya sudah tertulis tapi jika kita berusaha dan tidak jemu berdoa, ketentuan boleh berubah..Dan Ustaz masih tak puas hati dengan jawapan tersebut. Kata Ustaz, telah kering tinta bermaksud segala nya dah tertulis dan takkan ditulis lagi..macammana pula boleh diubah dengan usaha?
Kemudian beliau beralih arah pada akhawat dan dalam debar saya masih mencari-cari jawapan. Student yang kat depan pula jadi mangsa dan jawapannya agak kurang sama yang saya tak dapat 'tangkap' sangat sebab terlalu asyik fikir jawapan, kot menjadi mangsa seterusnya. Saya fahami betul-betul hadith tersebut dan satu 'key point' menerjah ke minda
saya dan tika itulah..
'Tut..tut..Saya yang kena soal..tanpa sempat nak susun ayat,'Apa pandangan anti pula'?soal beliau yang mara ke tempat duduk saya.Tanpa yakin dengan jawapan saya, terus saya cakap 'Apa yang saya faham(ayat tak yakin),hadith tersebut sebenarnya menggambarkan sifat Maha Mengetahui Allah SWT akan segala sesuatu. Walau setakat mana kita usaha pun, Allah SWT memang dah tahuyang kelak nanti kita akan usaha,ke arah ketentuannya'. Jawapan spontan meluncur daripada mulut sedang wajah takut nak pandang ustaz..takut salah..'That's the point':kata Ustaz sambil mengangguk tanpa sempat saya menghabiskan kata. Em,tak sangka pula betul. Syukurlah. Bila saya rujuk kembali surah al-'alaq, rupa2nya ia ada kaitan dengan maksud ayat 1&2 surah Al-Alaq..
Rupanya tanggapan saya dan jg kebanyakan yang lain selama ni kurang tepatlah. Sebenarnya penah jg tepikir pasal ni, cuma itulah jawapan yang sentiasa disogokkan ke minda, malah blh dikatakan kebanyakan dari kita berfikiran sedemikian. Bila saya ceritakan pada sahabat saya, dia tak dapat terima dan faham, cuma yang mampu saya cakap, Allah SWT takkan bersifat 'Ketuhanan' jika Dia tak mampu untuk mengetahui pengakhiran hidup hamba-hambaNya,dan hanya mengetahui tatkala hamba itu berusaha dan membuah hasil. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan sifatNya itulah yang kita imani dengan 99 Asmaul Husna yang seringkali meniti di bibir dan menjadi 'lagu' rasmi kami di UIAM tatkala pelajar lain menjadikan lagu 'Negaraku' sebagai pemula acara.
Namun sebagai manusia yang tidak mampu untuk mengetahui apa yang bakal ditakdirkan, kita dituntut agar sentiasa berusaha untuk mendapat pengakhiran yang baik,siapa yang rajin membaca,maka ilmu beliau kan bertambah berbandingorang yang malas membaca. Adakah malas dah ditentukan?Tak adil lah kan?..Jap..mungkin kita lupa, Allah SWT kurniakan kita akal dan nafsu untuk kita berfikir dan imbangi dengan iman..terpulang pada diri sendiri sama ada mahu menggunakan kurnia itu semaksimum yang mungkin atau tidak. Jadi, jangan salahkan orang lain jika kita dikejar lembu tetapi orang lain tidak, kerana mungkin kita lupa untuk berfikir atau berusaha untuk menambah pengetahuan bahawa lembu sukakan warna hijau dan merah, maka dengan berpakaian serba merah atau hijau,hanya kita yang dikejar lembu jantan, tapi kawan-kawan kita hanya selamba berjalan terkedek-kedek sambil ketawa terbahak-bahak melihat kita yang
ketakutan dan kebingungan, antara takut ditanduk atau disondol Sang Lembu
dan kebingungan kenapa empunya diri sahaja yang menjadi tarikan Sang Lembu untuk bermain kejar-mengejar..!:p
Mengapa hendak diragui,kenapa kesah dan gusar,bukankah Allah Taala juga Maha Adil?Tiada makhluk yang kelak mempersoalkan keadilanNya setelah segala amalan ditimbang dan diadili seadil-adilnya oleh Yang Memilikisifat 'Adil' yang tertinggi. Betul tak..?:-)
bukan soal kebanggaan..jauh sekali merendahkan 'hikmah' sahabat yang lain..hanya sekadar menyuntik minda yang kian terbelenggu..wallahu'alam.

|