 |
 |
 |
 |
 |
|
Tuesday, June 01, 2004
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh!
" O ye who believe! Take not into your intimacy, Those outside your ranks: They will not fail To corrupt you. They only desire your ruin: Rank hatred has already Appeared from their mouths; What their hearts conceal is far worse. We have made plain To you the Signs, If ye have wisodom"-Ali-Imran:118-
" Strongest among men in enmity To the Believers wilt thou Find the Jews and Pagans;"-Al-Ma'idah:82-
[ BOYCOTT NEWS INDEX ]
http://www.inminds.com/boycott-news.html

HOME PAGE
BOYCOTT ISRAEL COMPANY LIST
|
AOL TIME WARNER |
APAX PARTNERS & CO LTD |
|
COCA-COLA |
DANONE |
|
DELTA GALIL |
DISNEY |
|
ESTÈE LAUDER |
IBM |
|
JOHNSON & JOHNSON |
KIMBERLY-CLARK |
|
LEWIS TRUST GROUP LTD |
L'OREAL |
|
MARKS & SPENCER |
NESTLE |
|
NEWS CORPORATION |
NOKIA |
|
REVLON |
SARA LEE |
|
SELFRIDGES |
THE LIMITED INC |
|
HOME DEPOT |
INTEL |
|
STARBUCKS |
TIMBERLAND |
|
MCDONALD'S |
|
 
URL: http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html
Seruan untuk semua..ayuh gerakkan tenaga..menyumbang sekadar termampu....semuanya bermula daripada diri kita sendiri..
Posted at Tuesday, June 01, 2004 by durra
Any Comment?
Monday, May 31, 2004
Antara Amal dan Hakikat
Malam siang silih berganti
Bayu malam sayu bernafas
Ombak di lautan beralun riang
Sunnatullah, tiada siapa mampu menghalang
Lambang keagungan Pencipta Yang Maha Esa
Namun sepasang mata yang memandang
Tiada terkesan di lubuk hati
Walhal
Sekalian makhluk di sekeliling
Setia menuturkan zikir
Meniti hakikat yang bergelar HAMBA
Mengakui kelemahan dan kekerdilan diri
Sekeping hati yang keras
Bisakah dilenturkan..
Tatkala saban detik dan waktu
diselaputi titik noda dan dosa
Kita musafir di daerah ini
Akan tiba saat dan waktunya
Perjalanan ini pasti menemui noktah penghujungnya
Saat itu, semua tiada lagi bererti
Dunia yang dikejar dan dimamah rakus
Yang menanti di sana
Mampukah kita menghadapinya
Bersediakah kita...?
Seribu satu persoalan
Sahabat..
Masih belum terlewat
Untuk kita kembali menginsafi
Nun di sana
Fajar kan kembali bersinar
Ingatlah kalimah ini..
Antara amal dan hakikat..
KITA ADALAH INSAN YANG HAKIKATNYA ADALAH HAMBA..!

Posted at Monday, May 31, 2004 by durra
Any Comment?
Wednesday, May 26, 2004
salam,sekadar renungan buat diri sendiri..
moga hidayah Allah jua milik kita..
Pada Ramadhan yang bagai semalam berlalu, saya secara bidan terjunnya menjadi fasilitator untuk Mukhayyam Ramadhan yang dianjurkan untuk kanak-kanak sekolah rendah dan juga menengah. Tanpa bertanya lebih lanjut setalah menerima panggilan daripada sahabat saya..katanya "Tolonglah ye, tak de orang, ramai fasi tarik diri saat akhir".Maka saya pun terkemut-kemutlah saya ke masjid meredah dingin pagi bersama sahabat saya yang lain..hakikatnya kami berdua je fasi perempuan untuk mengawal lebih kurang 50 pelajar puteri yang bermacam kerenah..menyusuri terik mentari Ramadhan..
Malam tu,saya sempat ‘escape’ balik hostel jap sebab tak ‘expect’ kena tidur di masjid,nasib baik ada kereta untuk dipinjam kejap…hujan renyai-renyai mengiringi perjalanan saya..
Sepertiga malam, kami bangun qiyam, alhamdulillah, menghidupkan 10 malam terakhir..ramai juga yang iktikaf malam tu..susah betul nak kejutkan adik-adik ni..masakan tak, malam tu diaorang tidur lambat..borak-borak..macam-macam cerita..ada yang siap bawak ‘toto’
lagi.."Akak,kejutkanlah makcik tu,dia tidur tempat saye"-->sape tak berkenan..cantik elok toto dengan bantal nye.."Akak, tidurlah dengan saye..cepatlah.."..huish..tak terlayan rasanya..Dari petang tadi lagi saya keseorangan melayan budak-budak ni..sebab sahabat saye ada hal..alamat sampai ke pagi lah kena ‘guard’ diorang sorang-sorang..penat tak terkata..harap sahabat saye datang balik esok pagi..
Esok pagi, lepas sahur,solat subuh..ada kuliyah subuh..Saya awal-awal lagi dah khidmat diri..syukurlah, saya ditemani 3 orang anak perempuan salah seorang pengiring, umur 6,7 dan 11 tahun.Macam Bodyguard pulak,ke mana saje saye pegi asyik ikut je.. sekali-sekala ..Bersiap-siap untuk turun, sempat lagi merenung cermin betulkan tudung...tiba-tiba.."Wanginya akak..akak pakai losyen ye..tentu ramai orang terpikat dengan akak"..ekspresi si kecil berumur 11 tahun.
Isk..isk..adik ni puji aku ke perli ni...malu lah pulak. " 'Aha..tak pe, kita kan sama-sama perempuan"..saya sekadar cari jalan keluar,..tapi memang pun, kami sama-sama perempuan je duduk nanti.."Budak ni..jeleslah tu..ye lah sebab dia tak mandi lagi..mestilah busuk"..sempat lagi nak ‘fire’ dalam hati..Terkedu sekejap..malu nyer..si kecil lebih berhati-hati..sekurang-kurangnya saye beringat.."Cepatlah kak, dah lawa tu tudung akak"..Ceh, kena lagi..malu-semalu nyer..
Kuliyah subuh..bodyguard umur 6 tahun pulak..sibuk je dia nak main ‘treasure hunt’ pasni....pagi tu saye berkenalan dengan adik dari Iran, namanya Lubaba datang bersama keluarganya..Kesian, mengantuk nampak dia..katanya dia tak sempat tidur semalam sebab dah sampai masjid lewat, terus tadarus qur'an dan qiyam..Kagum saye..anak berusia 11 tahun punya kekuatan dalaman untuk beribadah..dia siap ceramah kat saye pasal 10mlm terakhir..katanya kita harus rebut hadirnya..kat Iran, orang-orang kat sana buat qiyam tengah-tengah ‘desert’..supaya lebih rasa aura-aura dia..dingin mlm bermandi embun..indahnya jika bertemu lailatul qadar pada saat sebegitu..beratapkan awan berlantaikan pasir..subhaanallah.Terbelit-belit lidah saye ‘speaking’..dia lebih fasih berbahasa inggeris daripada saya!..biasalah..
Time ‘treasure hunt’..saye serahkan pada jundi-jundi uruskan..lagipun saye sorang je..sahabat saya xdpt hadir,atas urusan yang lebih penting,apapun,saya tetap kagumi semangat beliau,dlm ketergesaan, masih sempat untuk beliau luangkan masa membantu kerja-kerja dakwah sebegini,alhamdulillah... letih kejar bodyguard-bodyguard saye yang sibuk jugak nak main.." Alah, kasut akak kotorlah"..rungut saye bila lihat kasut agak kotor sikit. " Tak pe, Allah kan lihat pada hati, bukan pada rupa kita, akak takut tak de orang nak kawin dengan akak ye"..alamak..terkena lagi..kali ni dengan si adik berumur 7tahun pulak. " Ye lah, masalahnya yang nak kawin dengan akak manusia"..saye sekadar cari jalan menguji dia balik.." Allah pandang hati kita kak.."..balas dia balik tak terkesan dengan ujian saye pun..He he..budak sekecil tu lebih bijak dan cekap bermain kata..dalam hati saye..begitu kagum.."Pandai mak dia didik anak..bijak mengatur kata"..alhamdulillah..Cuma mungkn dia belum memahami bahawa Islam
juga amat menitik beratkan soal kebersihan..bukan soal untuk bergaya atau menarik perhatian orang.." Orang Islam kena selalu bersih dik.."..saya cuba mengubah persepsi si kecil..Namun bukan bermaksud untuk menidakkan kata-katanya sebentar tadi..
"Akak penatlah dik"..kata saya dah lemah..macam nak pengsan..terlentok di dinding masjid, pada si kecil berumur 7 tahun. "Saya pun penat jugak akak, tapi masih bertenaga lagi"jawabnya penuh makna,berbau sinis..Isk..malu lagi beberapa inci. Saya sebenarnya diam-diam naik ke masjid,berehat sebab dah tak larat sangat tapi bodyguard-bodyguard saye tu jumpa jugak saye..Program dah selesai.”Akak,semua orang cari akak kat mana” "Akak, mainlah 'set-set-set tom-tom-tom dengan saya"..rayu si kecil 6 tahun. ..Alahai adik ni..saye yang tengah lemah-longlai ni menggagahkn juga untuk main..tangan je gerak tapi jiwa tengah tidur..2 hari layan budak-budak sorang diri memang penat..
Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya..yang kecil jangan disangka anak, yang besar jangan disangka bapak.."Anak-anak umpama kain putih,maka ibubapa lah yang bakal mencorakkan peribadinya"..kekadang kita lupa, ego dengan si kecil..budak hingusan katakan..sedangkan kita lupa..ada kalanya mereka lebih cerdik dan terbimbing daripada kita..Cukuplah ia begitu menyedarkan saye..apa salahnya kita menoleh ke belakang,memandang ke bawah..untuk menjengah ibrah darinya..
" Wanita solehah sentiasa menjaga peribadinya walau di mana dia ditempatkan,menjauhkan diri daripada fitnah...Allah taala tidak memandang pada rupa paras hambaNya,tapi pada hatinya, pandangan Allah itu yang hakiki..Untuk melakukan ibadah, bermula dari kekuatan dalaman kita, beribadahlah dengan seikhlas hati yang mungkin, seolah-olah hari esok sudah tiada bagi kita...Biar penat dan berlelah dalam melebarkan dakwah tanggungjawab kita..jangan penat dan berlelah kerana membangkang dan menghalangi usaha dakwah..sesungguhnya orang yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan dakwahnya..kepenatan dan kelelahan bagaikan hiburan, ujian pula tanda sayang dan prihatinNya..Jangan asyik mempersoalkan apakah yang orang lain telah buat, tapi tanyalah sejauh manakah kita telah menyumbang dalam usaha untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ni..mendidik para generasi masa hadapan, melahirkan kader-kader dakwah yang berwibawa..!..saya pelajari semua dari si kecil..!
...sudahkah kita mempersiapkan diri sebagai batu bata bangunan ummat masa hadapan..??"
"Setiap diri kita adalah batu bata bangunan ummat masa hadapan. Perlu persiapan yang strategis menjemputnya. Kita tidak dididik untuk sekadar menjadi pekerja.Kita dididik untuk menjadi pengarah. Mengarahkan bangunan kehidupan menjadi bangunan utuh tanpa fitnah. Menjadi wadah kemulaian, wadah tegaknya Al-Haq di muka bumi".-Izzah-
Wassalam.
Durra sekadar berkongsi..bukan soal siapa..bukan soal di mana..
Posted at Wednesday, May 26, 2004 by durra
Any Comment?
Tuesday, May 25, 2004
Pada awal April yang lepas,seorang pekerja yang menjalankan kerja-kerja pemasangan mozek dan jubin lantai telah lebih kurang 3minggu bekerja di rumah saya. Dahulunya dia adalah seorang penganut Budha,berbangsa Cina yang mana baru lebih kurang 5tahun memeluk agama Islam atas kesedaran sendiri dan anugerah nikmat hidayah kurniaan Allah SWT. Kesian jugak saya melihatnya..tulang empat keratnya dibanting,manik-manik keringat sentiasa membasahi pakaiannya, namun dia tetap
gagah dan tekun bekerja demi keluarga tercinta..yang bergantung harap padanya..Isterinya yang juga berbangsa Cina meninggalkannya setelah dia memeluk Islam.Kemudian dia mendirikan rumahtangga
kali kedua dengan seorang gadis Muslim sekampungnya..
Suatu hari tika dia asyik bekerja, tiba-tiba dia bertanya kepada ayah saya,"Ada ubat ke yang boleh buat orang sembahyang?" Katanya lagi"Saya pun pelik,isteri saya tak sembahyang. Saya selalu jugak tanya dia,nape dia tak sembahyang, tapi dia buat tak tahu je. Bila saya pujuk dia,baru dia sembahyang,saya tak
de kat rumah, dia tak sembahyanglah",ujarnya lagi meluahkan apa yang tersirat di sebalik soalannya.
Ayah saya semakin jelas dengan maksud di hatinya. Riak wajahnya terlukis satu kerisauan,menginsafi peranannya sebagai seorang ketua keluarga untuk menyahut seruan Yang Esa,memelihara
ahli keluarganya daripada api neraka. Dia sendiri juga turut mengakui kelemahan dirinya yang masih dalam perjalanan mengenali agama suci ini. Dia masih mengikuti kursus-kursus agama yang dianjurkan di tempat kami.
Kata ayah saya,"Tak de ubat untuk itu. Hidayah itu adalah sesuatu harta di mana Allah SWT sahaja yang layak dan berkuasa, memberikan kepada siapa yang Dia kehendaki,mengikut iradatNya. Yang penting bagi kita, adalah usaha,berusaha untuk menggapainya. InsyaAllah, kalau dia(si isteri) lihat kita baik(akhlak dan segalanya),hasil dari solat yang kita kerjakan selama hidup kita,InsyaAllah hati dia akan terbuka".
Dia mendengar khusyuk sambil menyusun kemas mozek-mozek di lantai. "Dulu, orang Cina yang paling ramai Islam, sebab Islam terlebih dahulu sampai di Cina. U tengok kan..orang-orang kafir
pun sembahyang(mengikut kepercayaan mereka), untuk menenangkan fikiran".Hati saya turut mengakui hakikat ini..kerna fitrah manusia,hidup perlu berTuhan..akan ada rasa untuk mengenali siapakah Sang Pencipta empunya diri dan juga sekelian alam,malah semua makhluk mengakui,dunia dan segala isinya,pasti ada yang mencipta,penciptanya,pastinya yang mempunyai kuasa yang Maha Agung dan tertinggi,di mana pada akhirnya,pada Dialah tempat segala makhluk kembali dan memohon pertolongan.
"Saya tak pe, saya boleh beza orang Melayu dan orang Islam". Tiba-tiba terpacul sepatah kata daripada mulutnya.Saya menghela nafas lega,dan saya yakin ayah saya pun turut bersyukur dengan pendiriannya..terungkai ribut kerisauan di hati kami,untuk terus meyakinkaannya. Syukurlah kerana dia adalah seorang Muslim yang faham, 'Apa Ertinya Saya Memeluk Islam'.
"U cubalah nasihat kan dia,jangan cepat putus asa, itu yang penting",ayah saya cuba memberi pandangan dan nasihat yang termampu,setelah dia mengisahkan bahawa keluarga isterinya termasuk bapa mertuanya bukan sahaja biasa meruntuhkan tiang agama ini, malah ibadat-ibadat lain termasuk puasa juga diabaikan".
...Suatu kisah yang bisa mengejutkan kita dari lena yang panjang,kita sering bangga mendabik diri, kerana dilahirkan sebagai seorang Islam, Muslim tulen,Muslim baka..tapi kekadang kita lupa,sejauh manakah kita telah berjaya merealisasikan maksud Muslim yang sebenarnya dari sudut akidah,ibadah dan sebagainya..
"Inna solaati, wanusuki, wamahyaaya,wamamaati, lillahi rabbil 'alamin"-inilah ikrar kita!..Buat kita yang sentiasa melafaznya,tatkala wajah dihadapkan padaNya..adakah sekadar mainan bibir?
-renungan buat empunya diri-wallahu'alam.
Posted at Tuesday, May 25, 2004 by durra
Any Comment?
Indahnya Kalau Itu Bukan Ukuran
Sedikit sambungan kisah..
"Tadi kan..masa usrah tadi..xxx tertarik sangat dengan kata-kata seorang sahabat..katanya..kita jangan jadikan Islam seperti tali pinggang"...sahabat saya membuka cerita sambil dia sendiri cuba menyusun ayat agar saya dapat memahami apa yang ingin diutarakannya..Sebenarnya dia juga tampak konfius dan sukar untuk mentafisrkannya.."Macammana tu?"soal saya kurang faham.."Ni ha..maksudnya jangan masa emergency je kita guna Islam..tapi kita harus pakai Islam setiap masa..".Oh,saya dapat faham maksud di sebaliknya..Apa yang tersirat di sebaliknya ialah tentang hakikat umat Islam sekarang..bila dalam kesusahan dan diitimpa masalah, baru kita nak kembali kepada Islam, sebagai pelindung kita, penyelamat kita..ibarat tali pinggang yang dipakai sewaktu naik kenderaan je..(tapi memang betullah kan, takkan turun kereta pun tak nak bukak..:-)..Islam harus dibawa dan diamalkan di mana-mana saja, pada bila-bila masa saja,bukan masa terdesak baru kita nak kembali pada Tuhan..sedangkan rahmat Tuhan sentiasa menaungi kita..Adakah kita bersikap adil pada Tuhan..??..satu kiasan yang baik bagi saya..first time dengar..walaupun agak kurang tepat dengan maksudnya..
Dia mula bercerita tentang usrah dan aktiviti anak negeri yang dia ikuti..dan saya turut bercerita tentang jalan yang biasa saya ikut..saya amat memahaminya dan kami saling bertukar pendapat walaupun masing-masing memilih jalan yang berbeza..namun matlamat suci yang sama..Bukan tak pernah dia meluahkan perasaan kesalnya pada saya..di mana dia berasa disisihkan dalam sebuah society hanya kerana perbezaan pendapat dan aliran yang berlainan..Walaupun saya tak menyertainya..dan dia jarang menyertai saya..Tekanan yang dihadapi dirasakan begitu hebat dan berat, kerana dia keseorangan..Saya turut mengesali senario yang berlaku. Sebenarnya ia memang berlaku di mana-mana saja..kerana sikap dan mentaliti kita..saya hanya mampu menasihatinya agar bersabar dan agar dia terus berusaha untuk membuktikan pada org lain yang kita mampu untuk menyumbang sesuatu untuk Islam dengan jalan yangg kita pilih..Kita yang menasihati memang senang..kata orang kita takkan mampu merasa apa yang orang lain rasa melainkan kita cuba untuk meletakkan diri kita di tempat orang itu..Bak kata seorang Ustaz..kita umat Islam asyik bercakaran sesama sendiri hanya kerana soal yang remeh-temeh..dalam masa yang sama..musuh Islam bangkit menyusun strategi..dalam kekalutan kita untuk membuktikan siapa yang benar,siapa yg salah..musuh di belakang bertepuk tangan bersorak menang. Memang tak dinafikan kekadang perkara begitu kita sukar nak elak kerana ia bersangkutan dengan mentaliti dan pendapat masing-masing, cuma yang penting kami saling mengingati antara satu sama lain untuk mengelak unsur-unsur sebegitu.
Tiba-tiba dia terpandang poster Aman-di dinding bilik saya..sempena kempen keamanan Global Peace Malaysia..di mana di situ tercatat senarai pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan NGO yang menyertai dan mendaftar untuk kempen tersebut.."Saya join xxxx.."katanya pada saya..menyebut salah satu NGO yang disertainya..Kata saya padanya..Tak kisahlah join apa pun, sebab matlamat kita baik dan sama..demiIslam dan dakwah yang menuntut kita untuk memainkan peranan.
"Islam adalah matlamat utama yang mana di sana terdapat banyak cabang dan jalan untuk menuju kepadanya"..syarah saya lagi sambil melukis gambarannya di telapak tangan saya dengan pensel..(macam Imam Syafie pulak..:-)..memang tiada meninggalkan bekas.."Terpulang pada kita untuk memilih yang mana..yang penting jalan yang kita pilih itu betul..dan tidak menyimpang daripada matlamat asal..” Jelas saya untuk membantunya dan menunjukinya untuk membuat pilihan yang tepat sebenarnya.
Jam dah berada di no.1:30am..dia mula berkemas..ok lah..tima kasih lah ye..at least saye dapat sesuatu malam ni.."Tapi takut jugak sebenarnya..kita cakap memang lah senang..buat pun belum tentu..ibadah asasi pun kurang..baca quran.. pun sket.. benda-benda basic camni pun tak sempurna..kita pun same je..".saya menutup bicara kami malam tu..itulah yang paling ditakuti...berapa ramai yang lantang berbicara, tapi kecundang dalam beramal..amaran Allah Taala menanti..buat mereka yang pandai cakap je..tapi tak mengamalkan apa yang dikata.."Tapi kan..sekurang-kurangnya kita turut mengingatkan diri kita.."..balas sahabat saya....Ya,..itulah yang paling penting.. wazakkir, faiinnaz zikra tanfa'ul mukminin..
Indahnya ukhuwwah jika itu bukan ukuran..perbezaan antara kita bukan satu jurang untuk memisahkan kita..bukan pemusnah pada ukhuwwah yang setia terjalin..malah ia penting untuk kita saling tampung-menampung antara satu sama lain..ibarat dalam satu negara, ada kerajaan..dan ada juga pihak pembangkang..negara yang baik adalah negara yang punya pihak pembangkang..nape?sebab ia lah sumber untuk pihak kerajaan mengetahui kesilapan mereka..dan membetulkan apa yang tak betul,menasihati mana yang patut..hakikatnya kita sebagai pentadbir diri kita,kerajaan bagi diri kita..perlukan pihak pembangkang..untuk menilai ..
Pesan Rasul SAW.."Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain.."..kita kekadang takkan sedar yang kita melakukan kesilapan melainkan bila orang menegur kita.."..mungkin bagi kita ia suatu yang baik, tapi mungkin tidak di mata orang lain.
Posted at Tuesday, May 25, 2004 by durra
Any Comment?
Di suatu petang yang damai...tatkala saya sedang sabar menanti kedatangan ustaz dalam LT1 untuk sesi kuliyah tafsir..tiba-tiba saya menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat saya..ada satu permintaan...dia mintak saya pinjmkan nota kuliyyah tafsir petang tu, sebab dia tak dapat hadir..terdetik di hati kecil saya.. bagusnya..tak ramai orang mempunyai iltizam seperti ni..alhamdulillah..rasa bangga dan syukur, sebab setahu saya sahabat sekuliyah saya tu jarang datang ke kuliyah tafsir..seingat saya, pertama kali dia datang, pabila saya mengajaknya..suatu tika dulu.. Lewat malam tu..tengah asyik buat nota lecture, saya menerima kunjungan sahabat saya tadi..maaf katanya datang mengganggu..dia baru balik usrah..!
Memahami maksud kedatangannya, saya terus mencapai diari saya yang mencatat segala input kuliyyah tafsir-.. cuma dalam hati saya..agak keberatan nak pinjmkan diari saya..bukan kedekut,bukan jua tak nak berkongsi ilmu..tapi sebab dalam diari saya tercatat macam-macam..kot ada rahsia peribadi..:-)..namun dia memahami gerak jiwa saya..di saat dia melihat saya mencapai diari hitam pemberian ayah saya..Saya pantas cari penyelesaian..kata saya padanya.."macam ni lah..nanti saya taip elok-elok dalam komputer..ada masa saya fwdkan ke email ok!"..sebenarnya saya memang dah berniat awal-awal lagi..supaya saya dapat berkongsi ilmu yang saya dapat..dengan mereka yang tak berkesempatan untuk mengutip mutiara berharga daripada kuliyah tersebut..lagipun saya dapat merasakan dia tak dapat memahami tulisan saya yang bagaikan cacing kerawit..biasalah nak mengejar had laju ceramah ustaz..seperti biasa kata lecturer.."tak usahlah tulis satu-satu apa yang I cakap,catatkan main point sudahlah..catat satu-satu memanglah tak sempat,entah-entah I punya joke pun U all salin.."--bilamana terdengar rungutan para student dari belakang..laju sangat lah,mana nak sempat..Tapi itulah saya.tak kira di kelas mahupun di kuliyah luar,seboleh-bolehnya saya mahu abadikan setiap patah yang keluar dari mulut ustz/lecturer..sebab saya takkan dapat lagi selepas ni..ia kan hilang..nak harapkan memori..sekejap je..nanti hilanglah..cuma pastinya nanti ramailah yang nak pinjam nota lecture yang siap disalin semula..biasalah..
Pesan para ustaz lagi..menegur.."kalau datang ceramah atau talk..bawalah buku catatan.. melainkn kita dapat 'guarantee' yang segala ilmu yang kita dapat..sentiasa kekal di ingatan.. "..maka tersengihlah mereka yang tak bawa apa-apa..Kata orang, pelajar yang berjaya ialah pelajar di mana di tangannya sentiasa ada buku catatan dan pen, dia kan mencatat apa saja yang dirasakan baru baginya..ilmu di mana-mana..walaupun di papan-papan tanda jalan..!....Satu jawapan yang menyenangkan dan melegakan keluar daripada mulut sahabat saya.."Bagus jugak, tak perlulah saya susah-susah buat ayat lagi untuk susun.."
"Sebenarnya ada sorang senior tu yang dah grade sekarang..mintak saya salin nota k.tafsir.. dia dulu selalu pegi dan jarang miss..Saya selalulah jumpa dia kat program anak negeri. ."..Oh begitu rupanya..Bagusnya..kata saya sepatah..bangga. ..Katanya lagi meluah perasaan.." Saya ..bukanlah bermakna saya nak pegi kuliyah tafsir sebab orang...bukanlah..tapi kan.."...saya dapat menyelami perasaan dan gelodak jiwanya..geliga otaknya memikir kata..saya faham..Apa yang saya rasa..dia ingin mengakui hakikat yang dia ke kuliyah tafsir, sebab utama,nak laksanakan hasrat senior tersebut..tapi dalam masa yang sama, ada sekelumit rasa dan keinginan untuk terus pergi dan beriltizam dengan nya..bukan dia tak pernah pegi sebelum ni..Pantas saya membantu memecah keresahan hati dan gundah jiwanya untuk menyusun kata yang sesuai..Lantas saya berkata.."Sebenarnya xx...dalam benda-benda baik macam ni..tak kisahlah kita buat secara taqlid atau ikut-ikut orang ..atau atas kehendak dan keikhlasan hati kita..sebab ia perkara baik..kekadang kita selalu kata, kita tak nak berubah sebab org lain..tapi pernahkah kita tanya diri kita.."Kalau bukan sebab orang lain..bolehkah kita berubah?"..kekadang kita berubah atas kesedaran sendiri..ada juga kekadang atas sebab orang lain..tapi itu lebih baik daripada tak berubah langsung..Hanya kerana sikap ego kita...rugilah kita walaupun hakikatnya kita sedar ia suatu yang baik..Teringat saya kisah muda-mudi yg bercinta..di mana sang lelaki alhamdulillah seorang yang beriman dan patuh kepada ajaran Islam, cuma Si perempuan..belum mampu menyempurnakan asas seorang muslimah untuk bertudung..Maka si lelaki dengan harapan dapat mengubah si permpuan, pada suatu hari menghadiahkannya sehelai tudung yang cantik.Tapi jawapan yang diterima daripada Si perempuan dengan alasan menolak pemberian tersebut.."Saya takkan berubah kerana orang lain!"..apa nak dikata..cuma alangkah sadis dan ruginya..ada baiknya dia berubah kerana orang lain daripada dia terus menanggung dosa sehelai rambut yang terdedah..apatah lagi kalau punya rambut yang beribu-ribu lemon dan mengerbang lebat..mampukah kita jamin yang suatu hari nanti kita kan berubah..kerana diri kita sendiri..?..ada banyak faktor yang membawa perubahan pada diri kita..tak kiralah sebab apa..yang penting kita bersedia untuk berubah..walaupun pada mulanya niat kita..agak lari sedikit..'sebab orang/sebab malu kat orang'..tapi percayalah..ia adalah satu tarbiyah permulaan bagi kita di mana nanti kita akan merasa nikamt kemanisan dalam mematuhi ajaran Allah Yg Maha Esa..Ibarat kita menghadiri program secara terpaksa yang diwajibkan..yang mana pada awal paginya kita terpaksa untuk qiamullai..terpaksa..Kata orang kalau tak kena paksa..jgn mimpi nak buat..Lama-kelamaan..bila dah biasa kena paksa..InsyaAllah kita sayang untuk meninggalkannya..dan pasti merinduinya jika dalam sehari..kita terlepas..indahnya bila bertemu kemanisan dalam beribadah..Saya teringat kata seorang ustaz semasa sekolah dulu.."Kita takkan dapat rasa kemanisan dalam beribadah, melainkan bila kita selalu melakukannya secara istiqamah walaupun sedikit".. cubalah kalau nak rasa..Kita takkan tau betapa manisnya rasa gula melainkan setelah meletakkannya di bahagian deria rasa lidah kita..bukan di hujung kaki kita yang tak dapat merasa..:-) Dia tersenyum mendengar jawapan saya..Kata saya lagi.."pegilah kuliyah tafsir, rugi kalau tak pergi..banyak ilmu yang kita dapat.."
Saya seawal dulu dengar Kuliyah Tafsir membayangkan kuliyah yang suram dan membosankan..tapi bila pertama kali pergi..hati terus terpaut..dan sekarang saya pastikan yang saya takkan miss dan datang awal.
Sambil memangku diari hitam saya..saya mula bercerita sikit apa yang saya dapat daripada k.tafisr petang itu..Saya mula mmbacakan muqadiimah yang disampaikn Ust Saif..tentang pertanyaan Abu Zhar kepada Rasulullah saw tentang apakah ajaran penting yang terdapat dalam suhuf Nabi Musa a.s....sambil sahabat saya..leka melakarkannya di kertas..
Alangkah baiknya jika bukan kerana orang..namun betapa beruntungnya hanya kerana orang lain..demi untuk kebaikan...yang penting jangan taqlid membuta..jadikan ia sebagai batu loncatan bagi kita untuk mara merubah diri..InsyaAllah..
wallahu'lam..
*to be continued..for the second part..biiznillah..
Posted at Tuesday, May 25, 2004 by durra
Any Comment?
Buat sekian kalinya,saya akhirnya berjaya membawa bersama sahabat saya ke kuliyah petang,Kuliyah Tafsir Fi Zilalil Qur'an..setelah beberapa kali tak 'terjadi' untuknya pergi...petang yg membawa seribu berkat...petangg itu,kuliyah dikendalikan oleh ustaz Saifuddin Mohd Rasip...antara yang dibincangkan adalah soal hidayah yang menjadi ketentuan Allah SWT, sama ada dengan kehendak manusia atau tidak..suatu kisah yang diceritakan yang dialami oleh sahabat kepada abang beliau sendiri(kalau tak silap),non-muslim,ketika masih menuntut,di kala sedang menelaah pelajaran pada awal dinihari,maka dia terpandang akan semua pepohon sujud ke bumi..hatinya tertanya-tanya..setelah diselidiki akan petandanya..jelaslah bahawa itulah kejadian di mana pepohon dan seluruh makhluk bumi sujud kepada Allah SWT,..dan para ulamak mentafsirkan bahawa malam tersebut adalah malam al-qadar..hasilnya..dia memeluk agama Islam..betapa hidayah Allah datang,tanpa disangka dan diduga..kisah di sebaliknya...
Selesai kuliyah tersebut,sahabat saya memuji akan betapa dia mendapat sesuatu daripada kuliyah tersebut dan pastinya akan menghadirinya lagi..apa yang pasti saya mengagak bahawa mungkin ada sesuatu yang berharga yang dapat dicedoknya yang memungkinkan dia berkata sedemikian..perjalanan pulang kami ..perbincangan diteruskan..'betapa besarnya tanggungjawab kita..pada diri,keluarga,sahabat dan seluruh umat islam,untuk menyampaikan risalah kebenaran"....moga hidayah Allah jua milik kita bersama....kelihatan dia seolah-olah memikirkan sesuatu yang agak berat untuk diluahkan..tiba-tiba katanya pada saya.."akak gagal..akak rasa akak gagal..",..saya sedikit terkejut dan mula untuk menyelaminya..dia mula meluahkan masalahnya..membuka lipatan sejarah keluarganya yang bukan mewah..namun yang paling menyedihkan,terabainya tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk mendirikan solat,bermula daripada bapanya,ibunya,seterusnya adik-adiknya yang disayangi di kampung..solat banyak yang tak daripada ya,solat jumaat jarang-jarang,ikut rasa hati nak pergi ke tak..air matanya menitis..menangisi kegagalan(menurut hatinya) untuk merubah keluarganya ,membimbing mereka menuju cahayaNya..yang membuatkannya 'tidak pulang ke kampung' tatkala cuti menjelma..terkejut saya..tak tersangka..arif akan keadaan keluarganya..kata saya padanya..'masih belum terlambat..selagi kita masih diberi peluang untuk menyedut udaranya,selagi itulah tanggungjawab kita setia menanti..'..Masalahnya..ditegur..terasa hati,makan hati,kecil hati dan lain-lain hati yang lain..apa yang pasti,bila tiang agama diruntuhkan,maka harapan untuk melihat sebuah keluarga muslim terbina ,mungkin tinggal kenangan...si ayah mengabaikan tanggungjawab untuk menyara keluarga yang terbeban di bahu si ibu..si adik menjauhkan diri bila ditegur,tidak mahu bertegur sapa..si kakak yang turut mendapat pendidikan di uia, tak nak ambil peduli...persoalannya pada saya,apakah cara yang paling berhikmah yang patut digunakannya untuk menyedarkan ahli keluarganya..betapa berat tanggungjawabnya..yang pasti ..syukurlah kerana dia lah antara pilihan Allah Taala,perubah kepada keluarganya..bagi kita yang tak melaluinya..pasti akan merasakan..itu masalah biasa..biasa..orang tak solat..hakikatnya itulah realiti ummat sekarang..jauh dari ajaranNya...bila solat tidak ditegakkan..Peranan siapa..??..engkau,aku..pemimpin.??atau kita ?
Bukan soal siapa sahabat saya itu..bukan soal di mana tempat dia menangisinya...jauh sekali untuk mendedahkan kisah keluarganya..Betapa hidayahNya..tak terduga datangnya..melalui ceramah-ceramah,kuliyah-kuliyah,mahupun 'speaker corner' di mana-mana..terpulanglah pada kita,mahu atau tidak...akal berfikir,iman memandu..jalan mana yang mahu kita pilih..????..inilah kisah ummat..
Posted at Tuesday, May 25, 2004 by durra
Any Comment?
"Manusia yang tujuan hidupnya berubah-ubah mengikut selera zaman;golongan ini seperti lalang yang amat mudah terpengaruh dengan keadaan..."
Secebis pengalaman untuk dikongsi,moga bisa difikirkan bersama..peranan dan tanggungjawab kita,sebagai mahasiswa/wi penterjemah ideologi kepada masyarakat..
Suatu hari,...mengayun langkah..menanti hadirnya teksi..bakal membawa saya ke stesen bas..balik kampung..kira-kira pukul 8:10am,saya keseorangan..bas dijangka bertolak mungkin pukul 9:00am dari hentian utama..masih ada waktu..seketika..alhamdulillah..sebuah teksi menghentikan diri..saya melangkah masuk ke seat belakang..melihatkan si pemandu,saya mengagak yang dia seorang yang berbangsa India..dari riak wajahnya..di seat belakang,saya hanya membatukan diri..tiba-tiba..si pemandu mula membuka bicara awal..saya panggil dia 'pakcik',entahlah ..umurnya tak lah tua sangat agaknya,mungkin dalam 40an atau lewat 30an..antara bilah bicara kami..
* "You nak balik kampung ke?"
*"A'ha"..jawabku ringkas.
*"Kampung kat mana?"
*"Jauh tu"..jawabnya kembali setelah saya bagi tau kat mana kampung saya..
*"Bas pukul berapa?"
*"9:00pagi pakcik".
*"Masih ada masa lagi"..katanya pada saya..saya sekadar mengiakan..memang betul,lagi pun destinasi saya dekat saja,dalam 15minit boleh sampai.
*Anak-anak saya belum ada yang dapat masuk universiti.Anak saya semuanya 13orang..cuma pakcik rasa yang tingkatan satu sekarang ni boleh masuk"..dia mula membuka lipatan kisah keluarganya..begitu besar harapannya..biasalah mak bapak..
*"Tak pe lah,belum ada rezekilah tu pakcik.."
*"Insyaallah"..balasnya..
*Oh,dia seorg muslim rupanya...mati-mati saya sangka dia seorang India beragama Hindu.."Insyaallah,ada hikmah di sebaliknya tu pakcik:..saya cuba meyakinkan dia..
* "Kat tempat you belajar ni,semua orang belajar tentang Islam ke?"Tanya dia pada saya..
*Saya kurang faham soalan dia,mungkin dia maksudkan kursus-kursus yang ada kat UIA,hanya berkaitan dengan agama saja..maka saya pun mula lah bagi tau dia.."Tak jugak pakcik..ada juga medic,engineering,economic dll..(walaupun hakikatnya semuanya ilmu Tuhan)..belum habis saya bagitau semua 'course' kat uia..dia dah potong..
*"Ok,ok...saya tau you pandai.."..
*Isk..apa pulak pakcik ni..apa kaitan 'pandai' dengan jawapan saya tadi?..saya mula konfius.namun masih sempat tersenyum..
*"Ok..you dengar apa yang saya nak bagi tau ni..you dengar betul-betul dan you fahamkan ye.."Katanya pada saya sambil menoleh ke belakang.
* "Ok"balas saya pendek dalam kekeliruan..
* "Hari ni, saya harap sangat dapat rezeki yang baik. Sebab tu, pukul 5pagi lagi saya dah keluar rumah. Saya dapat laporan yang kat satu tempat tu, ada penumpang yang mau naik. Tambangnya mungkin dalam RM40 sebab jaraknya yang agak jauh. Saya pun bawalah teksi saya ke tempat tu."
....saya mendengar dengan khusyuk,cuba untuk memahami maksudnya..
* Dia menyambung lagi.."Tunggu punya tunggu, tapi tak ada pulak penumpang tu..tiba-tiba datang teksi lain potong teksi saya. Kalau diikutkan memang salah kalau potong 'line' teksi orang,kena ikut turn. Saya pun cakap kat dia(pemandu teksi yang potong teksinya), 'You pergilah kat depan tu, kalau ada rezeki you dapat'. Kalau orang lain,mungkin dah marah punya. Rupa-rupanya, penumpang yang dimaksudkan tu memang menunggu kat depan, bukan kat tempat saya tu..jadi dia naik teksi yang potong saya tadi. Saya pun kata dalam hati saya, 'Tuhan tak izinkan lah tu..', Tak pe ke saya cakap macam tu? Saya tak tau lah, sebab mungkin salah saya jugak tak dengar laporan betul-betul. Macammana tu? You faham tak?"..dia mula bertanyakan saya,setelah bercerita. Agak susah juga nak jawab,macam nak jawab soalan subject Akhlak tajuk 'Mendahulukan Orang Lain'..:)
* "Ok, sebenarnya pakcik begini..saya cuba memberikan jawapan sekadar termampu, berdasarkan kefahaman dia..dan cara dia berfikir serta tahapnya.."Memang dalam Islam, kita kena usaha dulu, baru tawakkal pada Allah. Kalau tak dapat jugak, itu ujian namanya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Insyaallah. Allah Taala ganti balik lain kali."
* "Saya memang dah usaha, tapi tak tau lah. Maknanya Allah tak izin ye.?Tak pe lah saya cakap macam tu ye?"..dia cuba memberi komen dan tanya balik kat saya betul ke tak katanya seperti itu dalam menerima takdir Allah Taala.
* "Tak pe",balas saya ringkas. "Baguslah pakcik doakan driver tu, semoga dia dapat rezeki kalau Tuhan izinkan...Dia sikit tersenyum sambil berkata: "Tak pe lah ye.."
... Dia menyambung lagi,kali ni dah beralih topik..
* " You nak tau, isteri saya bersalin anak ke-13 kat hospital. Doktor tu marah kat saya,namanya Aziz,tapi dia tak lah macam Tok Guru "( nak tergelak saya mendengarnya,sempat lagi pakcik ni, ada fikrah jugak). "Doktor marah kat saya. Dia kata kenapa tak 'ikat' je? Mana ada ayat Qur'an ke hadis ke yang melarang wanita beranak ramai atau kata bahaya ke"..nadanya sedikit tinggi,menyatakan pendiriannya.(mohon maaf jika ia tak sesuai untuk tatapan, just to tell the real story,moga bisa difikirkan bersama).
* "Em, betul tu pakcik. Rasulullah SAW pun menggalakkan kita untuk meramaikan ummatnya.(teringat satu hadith Rasul SAW).Lagipun, tak semestinya dalam ramai-ramai anak, semuanya 'berkat' walaupun kita memang semestinya harap camtu(..kata saya berdasarkan kata salah seorang daripada sahabat Rasul SAW,Umar kalau tak silap,Allahua'lam). "Yang penting, mak bapak selalu kena doa untuk anak-anak".
*" Itu dah mesti"katanya pada saya.
Saya mula memahami maksudnya, walau hakikatnya, mungkin doktor tersebut menyatakan pendapat dan nasihat dari sudut sains,dan tak berniat sebegitu,..fitrah jiwa seorang doktor, bimbangkan pesakitnya...apapun kekadang perkara sebegini memang agak sukar untuk difahami bagi sesetengah masyarakat yang mana tahap pemikiran mereka tak menjangkau hingga ke tahap itu..jadi kita kena cuba selami pemikiran mereka, bukan ikut pemikiran kita semata-mata..tapi saya sepatutnya terangkan pada dia maksud sebenar doktor tu,agar dia tak silap faham..terlupa..
Teksi dah sampai ke stesen bas, baru pukul 8:30pagi,biasanya bas kan sampai sini paling lewat dalam pukul 9:30..saya bersiap nak turun, si pemandu memberhentikan keretanya...tiba-tiba..
* "Ok..You tunggu kejap ye, kejap je. Ada masa lagi kan?Bas pukul 9 kan?"
* "Ok"balas saya ..agak terkejut juga, tak tersangka.
...Dia masih ingin menyambung bicara, mengurai segala kekusutannya selama ini..
* "You tengok lah anak-anak muda sekarang, pakaian dan perbuatan tak melambangkan Islam yang betul".."You nampak tak?"katanya sambil menunding jari ke arah seorang gadis perempuan yang bertudung kepala tapi ber- tshirt lengan pendek. "Kalau saya,saya memang marah kalau anak saya pakai camtu. Yang tu pulak"..katanya lagi sambil menunding ke arah seorang wanita,bertudung tapi rambut tersembul di depan..(saya tersenyum,ada-ade je pakcik ni)."Itu tak betul,pakai tudung macam tu buat apa"..katanya lagi. "Dalam hal ni,saya memang salahkan mak bapak.Kan ada hadis yang sebut,'Anak-anak ibarat kain putih,ibu bapa yang corakkan anak-anak mereka nak jadi apa' ".Hebat juga pakcik ni,berhujah menggunakan nas hadis,siapa sangka kan.."Allah ada kata, anak tu amanah kepada kita. 'Amanah' tu amanah yang macammana?"soalnya pada saya.
* "Oh,amanah tu ialah amanah untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang baik di dunia dan akhirat pakcik"saya hanya menjawab sebahagian daripada jawapannya.Soal amanah ni memang luas skopnya,perlu faham konsep dan aplikasinya.
""Oh begitu"jawabnya ringkas..dia mula beralih topik lagi." You tau tak, dah 22 tahun I bawak teksi, tak pernah lagi berlanggar atau apa-apa yang buruk berlaku"
* "Itu berkat(dari Allah Taala) pakcik".Spontan saya balas.
*"Berkat ye, you ni orang kedua yang cakap camtu kat saya"katanya.Saya sekadar tersenyum simpul.
*..Saya menyambung ayat,"Walapun begitu pakcik, kalau Allah Taala timpakan ujian pada kita, itu tanda kasih sayangNya pada kita,Dia mahu mendengar rintihan hambaNya. Kekadang kita kena fikir, mungkin ujian yang Allah timpakan lebih berat pada orang lain. Itu tandanya syukur dalam ujian"..saya sedikit bersyarah.
*"Begitu ye". Dia bercerita lagi..Pernah satu hari, ada sorang perempuan tua naik teksi saya,selalunya orang perempuan duduk kat belakang(..nasib baik saya duduk belakang..:-), tapi dia naik dan duduk kat seat depan. Tapi masa nak turun, dia tak boleh turun, tak terdaya kot. Saya pun angkat lah dia. Saya tak kisah tolong orang. Pernah juga ada budak muntah dalam teksi saya, saya tak marah pun,kalau orang lain mungkin dah marah". Saya hanya diam mendengar ceritanya,baguslah.
* "Saya selalu juga suruh orang yang naik teksi saya, doakan saya semoga saya dimurahkan rezeki. Tak pe kan walaupun orang tu tak doakan kita?"dia menyoal lagi dalam kekeliruannya.
* "Tak pe pakcik. Kata-kata kita pun doa sebenarnya"
*"Ok, I nak tanya, ikhlas ye you jawab. You tengok muka I ni, you takut tak? Sebab ramai orang tak nak naik teksi saya bila tengok saya."
* Alamak,soalan cepu emas ni..kena jawab secara ikhlas pula.." Tak de lah"jawab saya pendek,mati akal nak cari jawapan pada soalan berat camni. Tak sampai hati pulak nak berterus-terang. Memanglah,masa saya tahan teksi dia lagi,dah terdetik kat hati...alamak,takutnya tengok dia. Tapi mungkin bagi perempuan macam saya je,wajahnya tampak bengis,tambah dengan misai tebalnya dan orang yang tak kenal dia,pasti sangka dia berketurunan India.
*"Ikhlas ni?"tanya nya lagi, tak percaya dengan jawapan saya.
*Dia dapat baca pulak fikiran saya. "Sebab tu Islam melarang kita melihat(menilai seseorang) melalui fizikalnya saja, pakcik"saya cuba mencari jalan keluar.Tapi begitulah ajaran Islam, jangan cepat menilai sesorang melalui pandangan mata kasar, sebaliknya cubalah mengenali peribadinya sebelum membuat pentafsiran terhadapnya.
*"You cakap macam tu tak pe lah sebab you faham".(dia masih tak puas hati agaknya). "Tak pe lah, saya pun tak nak orang yang tak baik naik teksi saya" katanya sambil tergelak.
*Saya tersenyum.."dia cuba memujuk hatinya".
* "Ok ya"katanya sambil mengangkat tangan,tanda dah nak beredar. " Tak de tertinggal apa-apa ye?Tiket ke?"
*"Tak de pakcik"..dan tambang teksi saya dapat diskaun sikit,katanya,"Tak pe lah, saya bagi kat you kurang". Kesian juga,ingat nak bayar lebih,tapi saya sendiri pun kekeringan poket hari tu. Betapa susah dia nak cari rezeki,kalaulah saya berada di tempatnya, satu ringgit amat tinggi nilainya."Ok,tima kasih ye pakcik".
...Sebelum menutup pintu teksi, sempat saya ucapkan doa padanya,"Semoga diberkati Allah".
..."InsyaAllah",balasnya sambil tersenyum. Riak wajahnya terpancar sinar gembira, mungkin sebab sedikit sebanyak kekusutan yang membelenggu benaknya sedikit terurai,walau tak sempurna.."Tak pe ke?..",satu persoalan yang sering membelit dan bersarang di fikirannya.
..Tiba-tiba saya teringat sesuatu, bersama saya satu majalah 'Mihwar';rujukan generasi pelapis',yang saya beli untuk dihadiahkan pada sahabat saya,sedikit kekesalan,mengapa tak saya dahulukan untuk dihadiahkan padanya saja,mudah-mudahan dapat dia jadikan rujukan,siapa sangka,anak-anaknya bakal generasi pelapis pada masa hadapan..kekadang manusia cepat menilai seseorang berdasarkan status,pangkat,harta dan sebagainya yang menjamin kedudukan di mata masyarakat..tapi kita lupa,bukan itu nilaiannya di sisi Allah Taala.
Pengalaman ni,saya abadikan dalam catatan peribadi saya,tak pernah saya lalui sebelum ni..cukup berharga dan sukar untuk dilupakan. Coretan ini,bukan untuk membangga diri,sekadar berkongsi..suatu nilai murni yang patut kita contohi..pakcik ni,..tak segan untuk bertanya apa yang tak difahaminya, dan yang cukup menyedarkan, dia tak segan untuk bertanyakan pada orang yang lebih rendah daripadanya,siapalah saya berbanding dia,pengalaman hidupnya, yang lebih dahulu makan garam daripada saya, dan pada ketika itu, saya masih di awal pengajian di Uia,apalah sangat..tiada apa yang boleh dibanggakan..dan sesuatu yang kita perlu fikirkan, dalam mereliasisasikan dakwah dalam kehidupan, kekadang kita lupa...mad'uu di luar sana..betapa mereka memerlukan kita...
Wallahua'lam.
Posted at Tuesday, May 25, 2004 by durra
Any Comment?
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |