...Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakkatuh! Ahlan Wasahlan, Selamat Datang and Welcome to my blog. Syukran Jaziilan for visiting this site. May Allah Bless You, InsyaAllah...


Wednesday, February 23, 2005
Sasterawan Tentera - Posisi baru perjuangan penulis Islam

Sasterawan Tentera - Posisi baru perjuangan penulis Islam

Oleh FAISAL TEHRANI


(Bahagian Awal)


UMAT ISLAM sedang berdepan dengan satu lagi siri perang Salib yang panjang. Satu persiapan khusus berupa pelan tindakan harus digerakkan untuk memenangi kombat ini.

Karya sastera Islam pernah berperanan sebagai anak panah dan sebagai mata pedang yang tajam maka hari ini ia harus dikembalikan semula sebagai satu peluru berpandu, satu bom atom, satu senjata nuklear yang dapat meledakkan musuh.

Hakikat ini telah ditunjukkan dalam sejarah menerusi syair-syair Hassan bin Thabit. Malah karya klasik seperti Hikayat Prang Peuringgi, Hikayat Prang Kompeni dan Hikayat Prang Sabi di rantau ini menunjukkan bahawa sastera boleh menjadi satu senjata jihad yang amat berkesan menentang musuh Islam.

Bukan itu sahaja karya sastera Islam menjadi lebih signifikan sesudah peristiwa 11 September, juga setelah asakan musuh secara fizikal seperti yang terlihatkan pada kes Iraq, Palestin dan Afghanistan. Barat Kristian telah mempromosikan kempen menentang teror dengan membawa wajah Islam untuk ditudingi.

Justeru sastera Islam harus segera bertugas. Meminjam saranan `Ain Najaf dalam Qiyadatul Ulama wal Ummah tugas sastera Islam dapat digariskan kepada enam perkara.

Sastera Islam akan memiliki pertamanya tugas intelektual (al-'amal al fikri) iaitu menyediakan kemahiran ilmu dunia dan perkembangan pemikiran. Keduanya sastera bertugas membawa semula kepada akidah, takwa dan aspek kehidupan yang lain (marja'). Ia juga mendokong tugas berinteraksi dengan ummah (al-ittishal bil ummah) di mana sastera Islam tidak harus terkurung di dalam satu lingkungan tertentu sahaja dan harus dapat mencapai masyarakat secara dekat.

Sastera Islam seterusnya memiliki tugas menegakkan syiar Islam selain mempertahankan hak-hak ummah. Dan bertugas menjadi sastera-gempur melawan musuh dengan pena dan lidah.

Sasterawan-tentera ini harus memahami mereka adalah juga golongan ghuraba seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa: Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan ghuraba. Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda: Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? Baginda bersabda: Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.

Tergugat

Justeru beban yang digalas oleh sasterawan-tentera amat berat. Ia bukanlah satu kerja main-main di mana sasterawan-tentera harus menjadi seperti Saidina Abu Bakar yang membenarkan Rasullullah meskipun kejadian Israk dan Mikraj meragukan banyak pihak.

Keimanan sasterawan-tentera tidak boleh tergugat sedikit pun. Sasterawan-tentera sama sekali bukan Abu Lahab yang sering sahaja mendustakan dan mendapat celaan Allah taala.

Sasterawan-tentera ini kelak bukan sahaja berdepan dengan musuh Islam tetapi juga harus menjadi juara mengatasi sastera lagha yang difirmankan oleh Allah di dalam ayat tiga surah al Mukminun: Antara sifat-sifat mukmin yang berjaya adalah mereka menjauhi perbuatan dan perkataan yang lagha. Perkataan ini menurut Ibnu Katsir adalah `segala yang batil termasuk un-sur-unsur syirik, maksiat, hal yang tidak berfaedah dalam bentuk perbuatan dan perkataan'.

Oleh kerana tugas yang terbentang di hadapan sungguh berat, dan juga karya sastera adalah satu senjata, sasterawan muslim justeru adalah sasterawan-tentera yang harus bersedia dan mahir menggunakan senjata mereka untuk kombat menentang isti'mar atau kolonialisasi tajaan barat.

Persediaan pertama tentulah memahami Inna Lillah wa Inna Lillahi Rajiun. Ia adalah satu penghayatan, pemahaman bahawa apa sahaja di muka bumi ini adalah pinjaman dan harus dipulangkan kepada Allah apabila masanya tiba nanti.

Seyyed Hossein Nasr pernah menyatakan seseorang seniman Islam itu tidak dapat tidak harus memiliki kekuatan untuk menyerlahkan spiritual Islam. Sumber spiritual Islam sudah tentu bertunjangkan al-Quran dan hadis serta sunnah Rasulullah yang beliau sifatkan sebagai dua mata air yang melahirkan seni Islam kerana dilandasi oleh wahyu Ilahi dan barakah Rasulullah s.a.w.

Di dalam proses ini sasterawan-tentera harus melalui beberapa langkah. Yang pertama haruslah melakukan perenungan iaitu tafakur di mana kita menyedari tugas kita terhadap Pencipta dan Penguasa kita.

Tingkat kedua yang juga satu kemestian ialah tingkat berlakunya azam iaitu tekad dan kehendak serta kesungguhan untuk menjauhi dosa. Proses ketiga ialah musharathah iaitu usaha pematuhan terhadap ketetapan hatinya sendiri untuk tidak melanggar hukum Allah.

Proses keempat ialah muraqabah dengan memelihara diri dari melakukan keburukan. Ia akan kelihatan susah dan di luar kemampuan kerana syaitan akan meletakkan `kesusahan' itu di hadapan mata. Proses yang paling penting seterusnya ialah tazakkur dengan mengingat Allah sentiasa. Mengingat Allah adalah mengenang seluruh rahmat dan nikmat yang dikurniakan kepada kita.

Sasterawan-tentera seterusnya harus menyedari tiga kekuatan ghaib dalam dirinya iaitu al quwwah al wahmiyyah (kekuatan imaginasi dan khayalan), al quwwah al syahwiyyah (kehendak syahwat) serta al quwwah al ghadhabiyyah (kekuatan nafsu atau amarah).

Sasterawan-tentera wajar menyedari bahawa tiga hal diatas masih memiliki aspek Ilahiyyah dan boleh membawa keuntungan untuk seluruh kemanusiaan jika dihalakan dan diakurkan di bawah kawalan akal fikiran yang sihat walafiat serta sumber spiritual Islam.

Khayalan menurut Musavi Khomeini adalah ibarat burung yang sering terbang dan sesekali bertenggek di atas pohon, sesekali ia akan terbabas atau mengalami kemalangan, justeru sumber spiritual Islam yang akan menjadi radar supaya ia tidak terbang secara kesasar.

Persiapan kedua sasterawan-tentera ialah untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta menunjanginya dengan ketakwaan.

Islam telah meletakkan keghairahan untuk mengejar ilmu pengetahuan sehingga ke liang lahad, sejauh negeri China dan al Quran sebagai mukjizat adalah sumber ilmu pengetahuan yang luar biasa.

Ilmu

Penguasaan ilmu dunia amat dituntut oleh Islam seperti yang difirmankan oleh Allah di dalam Ayat 60, surah al-Anfal. Namun begitu penguasaan ilmu tersebut harus bergandingan dengan amal saleh.

Hal ini menjadi landasan kerana sasterawan-tentera adalah komander Allah yang menjadi model untuk seluruh umat manusia.

Allah berfirman di dalam surah as Saff ayat kedua dan ketiga berbunyi: Wahai mereka yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Allah amat memurkai mereka yang mengatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan.

Oleh kerana persiapan sasterawan-tentera harus rapi serta kelihatan besar dan berat di hadapan mata ia akan menjadi alasan sesetengah sasterawan bahawa mereka belum bersedia dan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab yang hebat itu.

Di dalam hal ini sasterawan harus menyedari syaitan amat menggemari helah ini supaya manusia terpedaya sehinggakan semuanya merasakan diri mereka belum lengkap untuk berjihad di jalan Allah.

Akibatnya tugas-tugas dakwah dan jihad akan terabai dan tidak ada sesiapa pun mengajak kepada kemakrufan serta mencegah ke arah kemungkaran.

Imam Said bin Jubair sebagai contoh pernah mengatakan bahawa andai seseorang bertangguh untuk melakukan jihad atau dakwah dengan alasan dirinya belum sempurna, maka yang tinggal kelak tidak ada seorang pun menyeru kepada makruf, menegah yang mungkar atau berjihad di jalan Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted at Wednesday, February 23, 2005 by durra

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

[Completed my study at Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia in 2004.]

.



imandurra@yahoo.com


"Selamat tinggal wahai dunia duka
dan selamat datang wahai dunia iman,
Burung yang patah sayapnya
Takkan mati kerana lukanya
Wahai hatiku yang sedih perangainya
Sungguh kesedihan itu telah meninggalkan diriku
Kan terbang aku ke dunia cinta
Kerana aku muslim
yang membumbung dengan iman
Gelarku adalah muslim dan itu cukup bagiku
Aku termasuk ke dalam tentera keimanan
Al-Qur'an adalah cahaya dan sinar
Islam adalah kecintaan dan kerinduanku
Dekaplah wahai dunia kesucian
Sehingga sentuhan kasihmu menemui perasaanku
Temanku adalah keberseihan dan kesucian
Pahlawan tentera Ar-Rahman
Di bawah naungan agama aku hidup
Untuk menebus keislamanku yang nyaris sirna
Sehingga aku menjadi khalifah di dunia
Dan mengibarkan tinggi-tinggi panji Al-Qur'an
"




   





<< February 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28

"Sampaikan dariku walau sepatah ayat.."

Setiap penulis pasti akan mati dan waktu akan mengabadikan apa yang tertulis maka janganlah menulis dengan tulisan selain yang membuat kita bergembira pada hari kiamat ketika bersama melihatNya -Ibra-

""<Tinta ulama kelak akan ditimbang
dengan darah syuhada. Bersama dengan darah syuhada tinta ulama akan menghancurkan kejahilan, kebodohan dan kebatilan. Oleh sebab itu, ulama silam mengasah pena mereka hingga setajam mata pena pedang para mujahid. Mereka siap terjun ke medan dan gelanggang ijtihad bil qalam menghadapi apa jua persoalan ummat"-al.hadith


If ever things begin to look a little cloudy...they'll get better soon.
Just remember that it's true:it takes rain to make rainbows,lemons to make lemonade,and sometimes it takes difficulties to make us stronger and better people.


Pay A Visit To:

IslamOnline

InMinds

HarakahDaily


Gárdên Õ Knowlèdgë:

About Islam

Mind Your Ummah

Tafsir

Shariah

Our Laws

Al-Qur'an&Science

Nasyeed.World.Net

Poem

NEWS UPDATE


Berita Harian


Utusan Malaysia

News Straits Times

The Star

Harian Metro

The Malay Mail



My Fouvourite Author:


Faisal Tehrani



Nasyeed.Com

Nasyid.Com



LINK

Ahlus Sunnah

Al Azhar University

Al Islam

Al Salafyoon

Arab Net

Arabia Online

Astrolabe

Friends of Al-Aqsa

Inter-Islam

Islamic City

Islamic Computing Centre

Islamic-E-Library

Islamic Finder

Jannah.Com

Jannah.ORG

Mercy Universal

Moonsighting

Muhaddith

Musleem.Com

Muslim Heritage

MuslimLine

NAFAS

Salaam

SingleMuslim

Smokefree Ramadhan

Stories of New Muslims

The Modern Religion

This Is Islam


Alwan

Musleem.Com






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed