Ke Mana Tumpahnya Air Mata?
"Tapi Siti kesian dengan mak cik-mak cik atau adik-adik yang feeling habis di depan televisyen. Sampai bawa sekotak kertas tisu sebagai persediaan awal apabila ada yang tersingkir. Nak menangislah. Tapi tengok anak-anak Palestin dibedil oleh Israel dia orang takmenangis pula. Hairan sungguh".
Durra memetik kata-kata Siti Jarum menerusi kolum Cubit Manja bersama Siti Jarum yang dipaparkan Mingguan Malaysia, edisi Ahad,18 Julai 2004.
Ringaskasnya, tulisan beliau yang bertajuk 'AF2 jangan melodrama sangat', mempersoalkan paparan Akademi Fantasia 2, adakah ia dibuat-buat supaya penonton hanyut dek lautan emosi atau benar-benar terjadi...katanya tak perlu lah feeling-feeling,buat pe nak membazirkan emosi. Ini bukan yang pertama kali, bukan jua yang julung-julung disuarakan..aksi berpelukan sesama lelaki dan perempuan sambil air mata berjurai,tanpa peduli batasan agama dan moral..bukan tak pernah dipersoalkan.Dan banyak lagi jika ingin dirungkai seribu satu permasalahan dan kepincangan program tersebut.
Durra bukanlah nak bincangkan pasal program tu kat sini. Bukan jua soal siapa Siti Jarum...Si tukang jahitkah dia?..Lagipun durra sendiri tak pernah menonton elok-elok AF2 menerusi TV, cuma pernah seketika tertonton tatkala menukar channel TV waktu cuti kat rumah, sebab ia adalah antara program realiti TV yang durra tak de keinginan nak tonton, atau kelihatan kasar kalau nak kata meluat nak tengok..
Bila durra baca artikel tu, durra seketika terfikir..memang benar dan sungguh mengusik alpa. Durra dan adik pernah berkaca anak matanya tatkala menonton kisah drama sedih di TV, sahabat durra teruk berendam air mata tatkala menghayati keperitan sang gajah setia yang disalah ertikan dalam satu filem Hindustan..bila difikirkan..semuanya hanya lakonan yang mana para pelakonnya telah berjaya menghayati watak yang diberikan, hingga mampu memberi kesan pada para penonton..jika mesejnya bagus,alhamdulillah, moga bisa mencetus keinsafan.
Tapi ada satu kisah yang sering dipertontonkan..kisahnya lebih sedih,pilu, mengusik jiwa, melukakan hati, membangkit rasa marah dan kesal, yang bisa saja mengalirkan air jernih dari sepasang mata yang memandang..dan menghayati. Namun, hati yang tiada pernah peduli tak pernah terluka,mata yang lupa untuk sejenak memandang, tiada paksa untuk mengalirkancecairnya..Kisah dan drama sedih anak-anak Palestin yang saban hari terbenam peluru di dada dan kepala..siangnya membaling batu kecil ke arah gerombolan sang musuh, malamnya mata mereka tertutup sementara tubuh mereka dibaluti selembar bendera jihad mereka. Para pemuda Iraq yang ditelanjangi maruahnya tanpa seurat benang, rakyat mereka yang sengsara sedari dulu kerana sekatan ekonomi...dan seribu macam drama dan kisah-kisah ummat yang mencengkam jiwa..darah ummat sering tumpah!
Darah ummat sering tumpah!
Biarkan ia kering!
Tanah jadi merah..laut juga merah..!
Awan jadi gelap dengan kepulan asap tebal dari kereta kebal dan jet-jet pejuang..!
Jerit tangis anak-anak kecil dan wanita meminta belas dah jadi bagaikan irama dan lagu merencah suasana..!
Biarlah sebab nak buat macammana lagi kan..!
Apa yang mampu kita buat?
Kita jauh kat sini. Nak pergi berjuang kat sana?
Kirim salam lah, pistol pun aku tak pernah tengok yang real punya.
Biar aje..Allah Taala kan dah janji..satu hari nanti Baitul Maqdis akan terbebas.
Masjid Al-Aqsa kan jadi milik umat Islam juga..
Tapi nantilah..nanti bila janji Allah dah tiba..diorang kena sabar..
Kita tak payahlah buat apa-apa pun.
Kita tak minum Coca-cola pun takkan mampu menyebabkan Yahudi sampai tak cukup duit nak beli peluru berpandu..berapa sen sangat kan.
Allah Taala dah kasi kita nikmat keamanan..
yang orang lain tak mampu kecapi..
hidup bebas ke mana saja..
berhibur dan bergembiralah sementara kita masih mampu
hargai nikmat Tuhan..
ummat kita kat sana..
biarkan mereka dengan nasib mereka
menangis pun tak mampu mengubah apa-apa!
Si Sharon gempal tu, kita pun dia tak kenal..
apa kejadah faedahnya utk kita pergi demonstrasi kat pinggir-pinggir jalan
laung sana ...pekik sini.
jadi Mat Rempit lagi bagus
Aku dah cukup sedih
untuk meninggalkan kawan-kawan aku di Akedemi indah ini..!
ibu, ayah dan keluargaku..
jua seluruh umat ini
turut sama BERMURAM DURJA!
kerana satu sandiwara..
BEBASKAN...BEBASKAN..
BEBASKAN UMMAT..
Inilah realiti TV Kehidupan kita...
yang harus dikongsi rasa
Apa tindakan kita..?masih sibuk membahas teori?
In the mind of Durra,
15:04 pm